Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

2.5.09

Mengelak wabak



Mengenalpasti gejala-gejala awal selesema mungkin dapat menyelamatkan nyawa.


WABAK selesema babi adalah satu wabak pandemik yang amat berbahaya dan kini menular di beberapa negara di dunia. Perhubungan rapat antara individu yang telah dijangkiti dengan orang awam boleh menyebabkan jangkitan kuman dengan mudah.

Namun asas utama dalam mengelakkan penyakit berjangkit ialah penjagaan kebersihan. Sebaiknya amalkan langkah berjaga-jaga sebelum terkena.

Apa yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan jangkitan selesema babi?

lJangan berkongsi air minuman, makanan dengan sesiapa mereka yang telah dijangkiti.

lJauhi orang yang sedang mengalami batuk-batuk, bersin atau selesema untuk mengelakkan risiko jangkitan.

lElakkan berpelukan dan bercium dengan mereka yang telah dijangkiti.

lPenggunaan topeng membantu mengurangkan risiko dijangkiti.

lDi Mexico kini orang ramai tidak digalakkan berkumpul beramai-ramai. Mereka juga tidak boleh bercium dan perlu menjarakkan diri antara satu sama lain dalam jarak sekurang-kurangnya dua meter (enam kaki).

lJauhi diri daripada mereka yang mengalami selesema terutama yang baru pulang dari negara-negara yang terjejas dengan wabak tersebut.

lBasuh tangan dengan kerap boleh menghapuskan kuman. Lebihkan gosok di bahagian kuku tempat kuman berkumpul.

lBanyakkan berehat. Libatkan diri dalam aktiviti senaman, jangan tertekan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat.

lDapatkan bantuan perubatan segera jika anda mengalami demam, berpeluh dengan banyak, loya, pening dan simptom selesema lain.

0 comments: